suria

POTA Lulus Bukti Solidariti Ahli Parlimen Kerajaan - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid Hamidi.
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (POTA) 2015 yang diluluskan Dewan Rakyat awal pagi Selasa menunjukkan wujud kekuatan solidariti dalam kalangan anggota Parlimen kerajaan dalam usaha mencegah keganasan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun terdapat beberapa bantahan berhubung beberapa fasal dalam rang undang-undang itu oleh pembangkang, namun kelulusan POTA menunjukan undang-undang tersebut amat diperlukan.

"Alhamdulillah walaupun sembilan kali undi belah bahagian kerana terdapat bantahan terhadap beberapa fasal, namun solidariti yang ada pada ahli Parlimen memungkinkan POTA lulus, demi kepentingan rakyat dan negara, " katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Selasa.

Rang Undang-Undang POTA 2015 diluluskan tanpa pindaan pada pukul 2.25 pagi Selasa selepas dibahaskan lebih 12 jam.

Dalam pada itu Ahmad Zahid mengulangi jaminan bahawa POTA tetap akan menjaga hak asasi manusia seperti diminta oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan tidak mengetepikan elemen perundangan yang menjadi kekhuatiran sesetengah pihak.

POTA, Ahmad Zahid Hamidi

Artikel Sebelum

Artikel Lain