suria

1MDB Berjaya Selesai Hutang RM2 Bilion

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjaya menyelesaikan hutang sebanyak RM2 bilion kepada Maybank dan RHB pada 13 Februari lalu.

Sehubungan itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tidak timbul soal syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu muflis kerana gagal membayar hutang.

"Untuk makluman ahli Yang Berhormat, 1MDB telah pun melunaskan hutang sebanyak RM2 bilion dengan Maybank dan RHB pada 13 Februari 2015 mengikut syarat-syarat perjanjian pinjaman.

"Sedemikian itu, tidak timbul isu 1MDB sudah muflis," katanya dalam dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu.

Perdana Menteri menjawab soalan Jeff Ooi (DAP-Jelutong) yang meminta kerajaan menyatakan sama ada 1MDB sebenarnya sudah muflis.

Sebelum ini Najib turut menjelaskan bahawa 1MDB mempunyai jumlah hutang sebanyak RM5.037 billion dengan bank-bank tempatan.

1MDB

Artikel Lain