Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata kerajaan juga turut menyediakan bantuan yuran kepada 41,109 murid yang layak di sekolah swasta dengan peruntukan sebanyak RM36.6 juta.
"Pembinaan prasekolah baharu adalah berdasarkan beberapa faktor termasuk jumlah calon murid prasekolah sekurang-kurangnya 25 orang murid dalam satu kelas, memastikan tiada prasekolah dari agensi kerajaan yang lain seperti Kemas dan keupayaan kewangan semasa kerajaan," katanya.
Kamalanathan berkata kelas prasekolah di SJKT akan diperluas kepada 11 kelas tahun ini menjadikan keseluruhan kelas prasekolah di SJKT sebanyak 233.