suria

Pindaan Kuasa Mahkamah Syariah: PAS Mohon Usul Dipercepatkan

KUALA LUMPUR: Selepas berjaya menyenaraikan usul persendirian berhubung pindaan Akta 355, PAS kini mengemukakan permohonan baharu supaya cadangan pindaan berhubung kuasa Mahkamah Syariah diberi keutamaan untuk dibentangkan di Dewan Rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau sudah mengemukakan permohonan berkenaan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Kita ada minta usul persendirian didahulukan. Kita tunggu keputusan speaker untuk kemukakan di Parlimen," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini, Rabu.

Pada Selasa, cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 tersenarai dalam urusan aturan persidangan.

Berdasarakan senarai aturan mesyuarat dan usul-usul persidangan, cadangan pindaan Akta 355 yang diusulkan Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berada pada senarai ke-24 iaitu terakhir.

Kejayaan PAS menyenaraikan cadangan pindaan Akta 355 sejak Selasa mengejutkan wakil rakyat pembangkang dan Barisan Nasional (BN).

Antaranya Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang melahirkan rasa terkejut dengan ‘kejayaan’ PAS itu namun kecewa dengan tindakan Hadi.

Selain itu Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut mengulangi pendirian parti itu untuk menolak cadangan pindaan itu sekiranya dibentangkan di Dewan Rakyat.

Hudud, Dewan Rakyat, PAS, DAP, BN

Artikel Lain