suria

MP Taiping Terima Surat Tuntutan Daripada Najib, Rosmah

Nga Kor Ming

TAIPING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah menghantar surat tuntutan melalui sebuah firma guaman kepada Nga Kor Ming berhubung kenyataan yang didakwa berunsur fitnah yang dicatatkan oleh anggota Parlimen Taiping itu dalam akaun Facebooknya pada 29 Mac.

Tetuan Hafarizam Wan  and  Aisha Mubarak mewakili pasangan itu menyampaikan surat berkenaan kepada Nga di pejabat beliau di Taiping pada pukul 3.35 petang, Jumaat.

Kenyataan yang dimaksudkan itu didakwa tersiar dalam akaun Facebook Nga yang dimuat naik dalam satu status bergambar bertajuk 'Nga Kor Ming: Siapa PM Malaysia Yang Sebenar? Jawab!'

Dalam surat itu, firma guaman berkenaan menuntut Nga supaya mengeluarkan status itu daripada akaun Facebooknya dan berhenti menyiarkan kenyataan berunsur fitnah berkaitan isu terhadap Najib dan Rosmah dalam tempoh 48 jam mulai hari ini.

Ia juga menuntut Nga supaya mengeluarkan permohonan maaf secara bertulis tanpa syarat dan menarik balik artikel yang didakwa fitnah itu mengikut syaratnya dalam masa 48 jam mulai hari ini.

Nga Kor Ming

Artikel Lain