suria

PRM Umum Tanding PRK Permatang Pauh

GEORGE TOWN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh bakal menyaksikan sekurang-kurangnya saingan tiga penjuru apabila Parti Rakyat Malaysia (PRM) menyatakan hasrat untuk bertanding.

Setiausaha Agungnya, Koh Swee Yong berkata, parti itu akan mengumumkan calonnya dalam masa terdekat namun enggan mengulas lanjut.

Difahamkan bekas penjawat awam berusia dalam lingkungan 50an dipilih untuk mewakili PRM bertanding di kerusi berkenaan.

Menurut sumber, calon berkenaan yang kini merupakan seorang ahli perniagaan adalah anak jadi dan dikatakan dikenali oleh penduduk di Permatang Pauh.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain