Presiden Pertubuhan Minda Dan Sosial Prihatin Ramesh Rao berkata suaka hanya perlu diberikan kepada mereka yang datang dari negara-negara yang menghadapi konflik.
"Suaka hanya boleh diberikan kepada orang-orang dari negara-negara di mana terdapat ketegangan kaum atau agama, atau jika negara sedang menghadapi peperangan.
"Malaysia tidak seperti itu. Kita adalah sebuah negara yang aman. Mengapa mereka harus memberi perlindungan kepada Alvin?" soal beliau.
"Saya menyeru Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama untuk mengotakan apa yang dikata. Beliau berkata beliau menantang pelampau kaum dan agama.
"Tunjukkannya dengan menghantar Alvin Tan kembali," katanya.