BUKIT MERTAJAM: Berikut adalah kronologi proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, Sabtu: 9.11 pagi: Calon Bebas Dr Abdullah Zawawi Samsudin serah borang pencalonan. Bagaimanapun, menurut laporan Bernama, Dr Abdullah Zawawi memutuskan untuk membatalkan pencalonannya selepas mendapati terdapat dua lagi calon bebas. 9.10 pagi: Calon Bebas Azman Shah Othman serah borang pencalonan. 9.05 pagi: Dr Wan Azizah serah borang pencalonan kepada SPR. 9.00 pagi: Pusat penamaan calon dibuka. 8.55 pagi: Calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah tiba di pusat penamaan calon. 8.45 pagi: Calon BN, Suhaimi Sabudin tiba di pusat penamaan calon. 8.25 pagi: Salleh Isahak, 53, tiba di IKBN untuk menyerahkan borang penamaan sebagai calon bebas. 7.20 pagi: Jalan ke pusat penamaan calon Permatang Pauh ditutup. 7 pagi: Polis membuat kawalan di pusat penamaan calon di IKBN.