suria

Enam Ahli Politik Antara 16 Dilarang Sertai Himpunan 1 Mei Di Sabah

- Gambar hiasan

KOTA KINABALU: Enam ahli politik antara 16 yang dilarang daripada mengambil bahagian dalam himpunan Bersih pada 1 Mei ini.

Enam ahli politik tersebut adalah, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Jimmy Wong Txe Phin (DAP), Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kapayan, Dr Edwin Bosi (DAP), Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking (PKR), Adun Tamparuli Datuk Seri Wilfred Bumburing (PKR), Adun Bingkor Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR), bekas senator Datuk Maijol Mahap (STAR).

pnMereka yang lain yang dilarang daripada mengambil bahagian adalah aktivis Tan Sri Simon Sipaun dan Jannie Lasimbang serta Daniel John Jambun, Kanul Gindol, Wilfred Gaban, Ann Lasimbang, SM Muthu, Andrew Ambrose Mudi, Hariey Karmin dan Mohd Khairuddin Daud.

Notis telah ditampal pada papan tanda sementara sekitar Padang Merdeka, Taman Chong Tien Vun, City Park, Segama Waterfront dan Dataran Bandaraya di ibu negeri ini.

Penganjur perhimpunan pada Mei ini telah berkeras mengadakan tunjuk perasaan untuk mengetengahkan isu-isu seperti pendatang haram dan hak tanah Sabah.

Polis bandar mendapatkan perintah mahkamah pada Isnin, melarang penganjur daripada mengadakan sebarang pertemuan yang berkaitan dengan perhimpunan tersebut.

Jurucakap program itu berkata, penganjur masih belum menerima perintah mahkamah tetapi sedang cuba untuk memfailkan saman.

Himpunan 1 Mei, himpunan Sabah

Artikel Lain