Tegas perdana menteri, hanya menteri berkenaan iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang boleh membuat sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.
"Shabery Cheek Please take charge of the topup issue. Mulai sekarang, sebarang pengumuman kepada rakyat hanya boleh dibuat oleh Menteri KKMM sahaja," kata Najib di laman Facebook dan Twitter miliknya, Jumaat.
Sebelum ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengarahkan syarikat telekomunikasi untuk menetapkan semula harga kad prabayar telefon kepada harga asal iaitu seperti sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) pada 1 April.
Jelas Halim, penyelarasan harga kepada kadar pra-CBP itu agak mustahil untuk dilaksanakan bermula 1 Mei seperti yang diminta kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula kepada sistem.
Sementara itu, Ahmad Shabery di laman Twitter kemudiannya berkata beliau akan bertemu dengan semua pihak berkaitan untuk mencari penyelesaian terbaik berkaitan isu kad tambah nilai prabayar.
"@NajibRazak Yes Sir, saya akan jumpa dengan semua pihak untuk dapatkan yang terbaik bagi rakyat dan negara," katanya.