suria

PBA Holdings Buat Laporan Polis Berhubung Cek Palsu RM2.5 Juta

GEORGE TOWN: PBA Holdings Bhd (PBAHB) membuat dua laporan polis berhubung sekeping gambar cek palsu atas nama syarikat itu yang kini tersebar di media sosial.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jaseni Maidinsa dan ketua bahagian perkhidmatan korporatnya, Joyce Lee masing-masing membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah George Town di Jalan Patani di sini, Jumaat.

Jaseni berkata, cek berjumlah RM2.5 juta dan bertarikh 29 Mei itu tidak pernah dikeluarkan oleh syarikat berkenaan.

"Ia (cek palsu) mengandungi tandatangan Ketua Menteri dan Pengerusi PBAHB, Lim Guan Eng, saya dan juga Lee.

"Lee merupakan bekas pengurus kewangan sehingga 1 April lalu dan dia kini memegang jawatannya sekarang. Dia tidak mempunyai kuasa untuk menandatangani cek selepas tarikh itu.

"Oleh itu, adalah jelas bahawa cek ini adalah palsu dan kami percaya ia merupakan perbuatan khianat yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengelirukan orang ramai dan menjejaskan imej PBHAB," katanya kepada pemberita di luar ibu pejabat polis daerah di sini, Jumaat.

Tambah Jaseni, PBAHB akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang kerana memfitnah.

PBA Holdings Bhd, Lim Guan Eng

Artikel Lain