suria

Data Telefon Teknologi Tinggi Bongkar Kubur Mangsa Perdagangan

Pasukan penyelamat Thailand membawa keluar mayat mangsa pemerdagangan yang ditanam dalam kubur besar.

PETALING JAYA: Kubur besar yang menempatkan pelarian masyarakat Rohingya yang ditemui di Songkhla baru-baru ini terbongkar menerusi satu kerjasama yang belum pernah dilakukan sebelum ini dengn menggunakan teknologi tinggi secara efektif, kata sebuah badan anti pemerdagangan orang.

Kumpulan antarabangsa itu, Yayasan Freeland berkata, kerjasama rapat antara polis dan badan bukan kerajaan (NGO) menerusi penggunakan teknologi telefon forensik membolehkan para penyiasat mengesan dan menangkap anggota sindiket pemerdagangan orang yang dikatakan bertanggungjawab terhadap penculikan dan pengebumian itu.

Januari lalu, yayasan tersebut membantu polis Thailand secara teknikal dengan cara menganalisis telefon-telefon yang dirampas daripada suspek.

"Apa yang menarik mengenai kes ini ialah ia bermula dengan polis tempatan dan bukannya polis persekutuan.

"Dan semua kes ini ditangani dengan segera untuk bantuan teknikal dan kerjasama yang membawa kepada progres yang lebih cepat," kata pengarah Freeland, Steven Galster dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, penemuan kubur besar ini menunjukkan prestasi Thailand dari segi memperjuangkan sindiket transaksi walaupun ia sebelum ini menafikan masyarakat Rohingya dipemerdagangkan ke dalam negara. 

Freeland membantu polis dalam menganalisis jumlah nombor daripada telefon bimbit milik suspek.

Dengan menggunakan data telefon, polis boleh menjana “i-2 telephone link chart” yang memboleh penyiasay untuk mengecilkan siasatan mereka.

Data itu akhirnya merakamkan warga Myanmar, Soe Naing Anwar  secara dekat (zoom in) dan kaitan dengan pihaknya di Thailand/

Pada Selasa, polis mengumumkan penahanan Anwar dan dua lagi ahli politik di Thailand, bahagian selatan. 

Kumpulan penyiasat sebelum ini difahamkan bahawa modus operandi suspek termasuk menghantar bot bersaiz besar ke Myanmar setiap bulan.

Ini dapat membantu membawa antara 300 dan 400 Rohingya di Rakhine pergi ke beberapa negara lain dengan jaminan kerjas di Thailand.

Sebaik sahaja bot itu penuh, ia akan menuju ke pelabuhan Ranong di Thailand, di mana trak yang dikendalikan oleh suspek akan menampung Rohingya dan membawa mereka ke Songkhla.

Bagaimanapun Anwuar telah ditangkap polis dan ia telah membawa kepada penemuan kem tersebut yang hanya terletak kira-kira 300 meter dari sempadan Thailand dengan Malaysia serta terdapat kira-kira 30 lubang kubur kaum Rohingya yang dipercayai telah dibunuh.


Artikel Lain