suria

Pesawat MAS Ke Colombo Berpatah Balik

Laluan pesawat MH179 sebelum berpatah balik ke KLIA awal pagi Ahad.

PETALING JAYA: Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dalam perjalanan ke Colombo, Sri Lanka terpaksa berpatah balik selepas dua jam berlegar-legar di perairan Selat Melaka.

Pesawat MH179 itu itu dikesan berada di perairan barat Pulau Ketam pukul 11.30 malam, Sabtu.

Twitter Flightradar24 pada jam 1.30 pagi menyebut, pesawat itu berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas dua jam membakar bahan api untuk mengurangkan berat ketika mendarat.

Setakat ini, punca pesawat berkenaan berpatah balik belum dapat dipastikan.

MAS, Colombo, Pulau Ketam, KLIA