CYBERJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata adalah penting bagi generasi muda untuk mendapat pendidikan bertaraf dunia yang akan membolehkan Malaysia terus berdaya saing dan mencapai kejayaan. Beliau berkata pendidikan menjadi kunci masa depan negara dan sebab itulah kerajaan menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. "Anda semua, generasi muda Malaysia, yang akan menjadi pemimpin masa depan. Kita telah berusaha tanpa mengira waktu ke arah memastikan Malaysia mencapai taraf negara berpendapatan tinggi pada 2020. "Anda akan menentukan corak masa depan negara pada 2040, 2050 dan selepas itu," kata Najib dalam ucapan penutup pada Dekatlon Akademik Kebangsaan (NAD) 2015 di Universiti Teknologi Kreatif LimKokWing di sini, malam Selasa. Perdana Menteri mengingatkan bahawa pendidikan bukan hanya mengenai mempelajari fakta dan angka secara khusus, tetapi dapat melihat kedua-dua sudut penghujahan dengan berfikir secara mendalam mengenai sesuatu subjek dan persoalan. "Fakta-fakta dan angka adalah penting walaupun itulah hakikatnya. Sebagai seorang yang terlatih sebagai ahli ekonomi perindustrian, saya boleh memberitahu anda bahawa saya tahu segala-galanya tentang kajian seperti itu. "Bertanya 'mengapa', (akan) membolehkan minda anda terbuka dan berkembang dan untuk pembelajaran menjadi perjalanan yang menghasilkan penemuan," tambah beliau. Mengenai NAD, Najib berkata pertandingan ini telah menguji semua peserta dalam pemikiran kritikal mengenai kemahiran bertutur dan menulis tentang pengetahuan mereka dalam isu-isu global yang penting, keupayaan untuk belajar dalam tempoh yang singkat dan bagaimana untuk memimpin serta bekerjasama dengan orang lain. "Tanpa ragu-ragu, saya yakin bahawa anda semua di sini sekarang adalah pelajar yang lebih baik kerana mengharung cabaran dengan hebat dan saya berharap untuk berasa lebih cergas dan teruja dengan proses, dan mengingati pengalaman itu selepas anda meninggalkannya. "Sebagai golongan belia Malaysia yang berbangga dengan negara, Saya tahu anda tidak mahu apa-apa lagi. Ini bemula dengan pendidikan anda dan dekatlon ini merupakan sesuatu yang menyeronokkan," kata beliau.