Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) berusia 64 tahun itu diisytiharkan muflis oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah pada 18 Mac lalu selepas gagal menyelesaikan tunggakan hutang dari ahli perniagaan Datuk Misran Sukadi.
Ketika dihubungi, Ishak mengesahkan perkara itu.
Namun, Ishak berkata beliau hanya menerima perintah mahkamah itu pada 27 April lalu.
Beliau memberitahu diisytiharkan muflis kerana menjadi penjamin kepada seorang kontraktor yang membuat pinjaman dari Misran.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri berkata status Ishak sebagai Adun kekal sehingga rayuannya didengar.