suria

Dua Penagih Rompak Rumah Doktor Ditahan

KANGAR: Dua penagih tidak sempat membelanjakan hasil rompakan mereka ke atas rumah seorang doktor di sini pada Rabu apabila diberkas beberapa jam selepas itu.

Ketua Polis Perlis, Datuk Zull Aznam Haron berkata mereka yang berumur 26 dan 28 tahun memecah masuk rumah tersebut di Jalan Raja Syed Alwi antara pukul 3 hingga 4 pagi.

"Mereka memanjat balkoni rumah itu dan mengumpil pintu bilik dan melarikan 10 utas jam tangan dan barang-barang kemas bernilai kira-kira RM160,000," katanya.

Beliau berkata doktor berumur 50-an itu yang mengusahakan sebuah klinik  hanya menyedari kejadian tersebut apabila bangun tidur dan membuat aduan.

Kedua-dua pencuri itu dikesan kemudiannya.

Kangar, Doktor, Penagih

Artikel Lain