suria

Ya, Saya Jadi Ketua Pembangkang - Wan Azizah

Dr Wan Azizah Wan Ismail.

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan beliau akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

"Dua parti lain telah memberikan nama saya sebagai Ketua Pembangkang.

"Ya, saya dilantik sebagai Ketua Pembangkang," katanya kepada pemberita selepas ditanya sama ada beliau menerima pelantikan tersebut.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata satu kenyataan akan dikeluarkan susulan majlis angkat sumpah beliau pada 18 Mei ini.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin ALi dilaporkan sebagai berkata rakan sekutu PKR dalam Pakatan Rakyat, PAS dan DAP bersetuju memilih Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.


Artikel Sebelum

Suri Rumah Edar Dadah

Artikel Lain