suria

Ibrahim Ali Gagal Saman Fitnah Terhadap The Sun

Ibrahim Ali

SHAH ALAM: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali gagal dalam saman fitnahnya terhadap sebuah akhbar tempatan dan pengarangnya.

Menerusi saman bernilai RM5 juta itu, Ibrahim menamakan akhbar The Sun, bekas Pengarang Urusan, Chong Cheng Hai, penulis Terence Fernandez, pencetak Sun Media Corporation Sdn Bhd sebagai defenden.

Ibrahim mendakwa akhbar berkenaan pada 17 Mac 2010 menyiarkan berita berunsur fitnah terhadapnya menerusi artikel berjudul "Sultan Keeps Perkasa Guessing On Invitation".

Antara lain, katanya perkataan pada artikel itu menunjukkan Sultan Selangor bimbang dengan imej Perkasa di mana Perkasa adalah organisasi yang bertungkus lumus untuk menjaga kepentingan bangsa tertentu di mana Ibrahim adalah pemimpin kumpulan cauvinis itu.

Hakim Mahkamah Tinggi, M. Gunalan memerintahkan Ibrahim membayar RM50,000 untuk kos kes berkenaan.

Ibrahim Ali, The Sun

Artikel Lain