suria

Tiga, Termasuk Dua Pengawal Keselamatan Ditahan Miliki Senjata Api Haram

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki termasuk dua pengawal keselamatan di sekolah rendah ditahan dalam tempoh 24 jam lepas kerana memiliki senjata api secara haram.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R. Munusamy berkata lelaki berumur antara 21 dan 23 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan pada Ahad dan Isnin.

The Star pada Isnin melaporkan bagaimana samseng telah berselindung di sebalik beberapa firma keselamatan yang mengawal  kawasan kediaman.

"Dua pengawal keselamatan ditahan kira-kira pukul 11 malam di sebuah sekolah rendah di Jalan Baiduri di sini. Mereka bertugas dan sedang bersiap sedia untuk ke tempat kerja pada masa itu.

"Penangkapan mereka yang merupakan adik-beradik itu membawa kepada penangkapan rakan sejenayah mereka pada pukul 2 pagi hari berikutnya," katanya pada sidang akhbar, Isnin.

Munusamy berkata polis telah merampas pistol, pisau memburu, lima bilah pisau, tiga bilah parang, satu gari, topeng ski dan kotak dipercayai digunakan untuk menyimpan senjata.

"Kami percaya bahawa mereka terlibat dalam kegiatan pecah rumah," katanya.

Sebelum kejadian itu, rakan sekerja pengawal keselamatan terbabit telah menemui sepucuk Revolver .38 yang dibalut dan disembunyikan di siling pos pengawal kira-kira pukul 10 pagi Ahad.

Polis segera dimaklumkan dan laporan polis dibuat oleh syarikat pengawal keselamatan tidak lama kemudian.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki senjata api menyalahi undang-undang.

Artikel Lain