suria

Malaysia, Indonesia Setuju Tawar Penempatan Sementara Kepada 7,000 Pendatang

Anifah (kanan) bersama Tanasak Patimapragorn (tengah) dan Retno L.P. Marsudi ketika mengadakan pertemuan di Wisma Putra di Putrajaya, Rabu. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk menawarkan perlindungan sementara kepada 7,000 pendatang yang masih terkandas di laut.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, tawaran itu merupakan persefahaman bagi proses penempatan semula dan penghantaran pulang yang akan dilakukan dalam tempoh setahun.

Beliau yang berkata demikian selepas mesyuarat mengenai pemerdagangan manusia pada Rabu memberitahu, penempatan sementara dan penghantaran pulang itu akan dilakukan oleh masyarakat antarabangsa.

Terdahulu, menteri luar dari Malaysia, Indonesia dan Thailand mengadakan mesyuarat di sini Rabu mengenai pergerakan individu tanpa melalui saluran yang salah.

Mesyuarat yang diadakan di Wisma Putra di sini melibatkan Anifah dan rakan sejawatnya dari Thailand, Jeneral Tanasak Patimapragorn yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri Thailand dan Retno Marsudi dari Indonesia.


pelarian

Artikel Lain