Pembantu rumah berusia 40 tahun itu membuat laporan polis pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Kamarul Zaman Mamat berkata siasatan awal mendapati dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa mendakwa ditampar beberapa kali sehingga mengalami kecederaan.
"Mangsa kemudian dibawa majikannya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk rawatan setelah dia mengalami kecederaan.
Kamarul Zaman berkata susulan laporan polis itu, majikan wanita berumur 48 tahun itu ditahan semalam dan direman selama dua hari sehingga esok.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.