SERAMAI lebih 30 pesalah trafik tegar yang memiliki waran tangkap dikesan dalam Ops Warta yang diadakan di dua lokasi tumpuan di ibu negara pada awal pagi Khamis. Namun pesalah trafik berkenaan tidak ditahan serta merta sebaliknya diberikan notis untuk tampil ke balai polis trafik secepat mungkin. Operasi bermula jam 10 malam rabu berdekatan plaza tol lebuhraya bertingkat Ampang-Kuala Lumpur serta Jalan Loke Yew itu dilakukan pasukan trafik Kuala Lumpur. Ketika lebih 200 buah kenderaan diperiksa, pelbagai tindakan berbahaya cuba dilakukan penunggang motosikal termasuk untuk melawan arus bagi melepaskan diri. Bagaimanapun penunggang motosikal itu berjaya ditahan anggota polis yang berada jauh dari kawasan sekatan jalan. Hasil penahanan itu beberapa buah motosikal telah disita. Operasi berakhir tiga jam kemudian.