KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi (Telco) di negara ini menyatakan sokongan mereka terhadap gesaan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung pemberian kadar lebih rendah untuk pelanggan.
Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Perhubungan Korporat DiGi Telecommunications, Eugene Teh berkata menjadi keutamaan syarikat memastikan semua rakyat Malaysia mendapat akses Internet pada kadar berpatutan dan ia telah mengumumkan pakej serta gabungan produk bagi pelanggan yang utamakan harga.
CEO U Mobile Wong Heang Tuck pula berkata cadangan menteri itu seiring dengan pendirian syarikat untuk menawarkan produk dengan nilai terbaik kepada pelanggan pada kadar paling berdaya saing.