suria

GRO Mati Dibunuh Di Hotel Bajet

KUANTAN: Seorang pelayan pelanggan ditemui mati dipercayai dibunuh rakan senegaranya di dalam sebuah bilik hotel bajet di Jalan Pasar di sini awal hari Sabtu. 

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata Efrinda Yuni Lubis,38, berasal dari Batam, Indonesia, ditemui terbaring di atas lantai bersebelahan katil pada 2.45 pagi dalam keadaan separuh bogel dengan hanya memakai baju berwarna hitam dan putih.

"Pemeriksaan awal mendapati beg duit mangsa turut di selongkar selain terdapat kondom yang telah digunakan," katanya kepada Bernama pada Sabtu.

Abdul Aziz berkata telefon bimbit dan wang tunai milik mangsa juga dilarikan suspek yang polis percaya rakan senegara mangsa.

Katanya polis percaya mangsa mengenali suspek dan siasatan awal juga mendapati berlaku pergelutan antara mereka berdasarkan beberapa kesan kecederaan pada badan mangsa.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat.

GRO mati dibunuh

Artikel Lain