JOHOR BAHARU: Mayat kedua mangsa kapal korek yang karam di perairan Pengerang Rabu lalu ditemui di kedudukan 9.3 batu nautika timur lautTanjung Penawar, Kota Tinggi petang Jumaat. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Tanjung Sedili berkata mayat lelaki belum dikenal pasti kerakyatannya itu dijumpai nelayan pada pukul 6.55 petang. "Kapal APMM telah mengambil mayat tersebut untuk dibawa ke Jeti Marina Tanjung Pengelih seterusnya menyerahkannya kepada pihak polis bagi tindakanlanjut," katanya. Sehingga Jumaat, dua dari 14 mangsa yang hilang telah dijumpai. Pada kejadian 4.20 pagi itu, kapal korek yang membawa muatan pasir dipercayai dipukul ombak besar sebelum karam di 8.6 batu nautika dari Tanjung Punggai, Kota Tinggi menyebabkan 14 krunya hilang dalam kejadian itu. -- BERNAMA