PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ceramah mengenai Wawasan 2020 dan isu-isu semasa yang lain pada sebuah majlis makan malam pada 1 Jun ini. Ceramah mengenai kepimpinan dalam mencapai Wawasan 2020 dianjurkan Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) di Hotel Istana. Bekas perdana menteri itu mengilhamkan Wawasan 2020 pada 1991 semasa pengumuman Rancangan Malaysia Keenam. Presiden FCCM, Shannon Teoh berkata terdapat laporan berita positif dan negatif tentang merealisasiskan Wawasan 2020. "Kami berharap Tun boleh memberi komen kedua-duanya mengenai apa yang baik dan apa yang perlu dilakukan dalam pecutan terakhir ke arah mencapai Wawasan 2020," kata Teoh. Wawasan 2020 bertujuan untuk menjadi Malaysia sebuah negara perindustrian yang maju menjelang 2020. Dalam sebuah pertemuan dengan pemilik blog bulan lalu, Dr Mahathir menyatakan keraguan dalam mencapai sasaran untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya. Dr Mahathir berkata Malaysia perlu membuat acuan sendiri dan bukannya meniru apa yang dilakukan negara membangun yang lain. "Tun terus kekal relevan walaupun selepas memegang jawatan sebagai PM selama 22 tahun. "Beliau memerhati isu nasional dan perkara kontroversi yang orang lain tidak sanggup lakukan. "Kami menganjurkan majlis ini sebagai perbincangan terbuka dengan media asing kerana cerita pembangunan Malaysia mendapat liputan akhbat tempatan dan luar negara," katanya. Mereka yang berminat untuk hadir ke ceramah ini boleh hubungi [email protected].