suria

Tiga Lagi Mayat Anak Kapal Korek Ditemui

JOHOR BARU: Tiga lagi mayat mangsa kapal korek yang karam di 8.6 batu nautika Tanjung Punggai, Kota Tinggi lima hari lalu, ditemui dalam kapal tersebut pagi Ahad.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tanjung Sedili berkata, mayat ditemui setelah pintu kapal tersebut berjaya dibuka.

"Ketiga-tiga mayat dijumpai pasukan penyelam berdekatan pintu kapal pada pukul 8.00 pagi tadi. Mayat masih berada dalam kapal," kata kenyataan APMM dan menambah mayat akan dibawa ke jeti Marina Tanjung Pengelih apabila berjaya dibawa naik.

Dengan penemuan terbaharu itu, jumlah anak kapal yang ditemui ialah seramai lima orang dari 14 orang anak kapal yang dilapor hilang.

Kapal itu yang membawa pasir dipercayai dipukul ombak Rabu lalu menyebabkannya terbalik dan anak kapalnya hilang.-- Bernama


Ocean Line, Tanjung Punggai, APMM

Artikel Lain