suria

Prosiding 1MDB Babit CEO & Mantan CEO Ditangguh - PAC

KUALA LUMPUR: Prosiding siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan dua pengurusan tertinggi syarikat pembangunan strategik milik kerajaan itu yang sepatutnya diadakan pada Selasa ditangguhkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan berkata, penangguhan itu berikutan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dan mantan CEO, Datuk Shahrul Ibrahim Halmi tidak dapat hadir bagi memberi keterangan kepada jawatankuasa atas alasan berada di luar negara.

"Kita dimaklumkan daripada Kementerian Kewangan pada Jumaat lepas bahawa mereka hantar surat minta tangguh dan beri masa 30 hari kerana berada di luar negara.

"Penangguhan ini tidak bermakna prosiding akan dilewatkan tetapi kita minta mereka datang secepat mungkin untuk berikan keterangan," katanya pada sidang media di Parlimen di sini, Isnin.

Berita selanjutnya menyusul.

1MDB, Arul Kanda, PAC

Artikel Berikut

Artikel Lain