suria

Nippon Airways Mulakan Penerbangan Terus Narita-KLIA Pada September

TOKYO: Nippon Airways akan memulakan penerbangan antara lapangan terbang Narita di sini ke Kuala Lumpur bermula September depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata syarikat penerbangan itu akan menyertai Syarikat Penerbangan Jepun dalam memberi perkhidmatan kepada laluan antara Narita dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Kami juga akan terus membincangkan mengenai hak mendarat bagi syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) di lapangan terbang Haneda di Tokyo," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Akihiro Ohta di sini pada Isnin.

Pada masa ini, hanya AirAsia X terbang tujuh kali seminggu ke lapangan terbang Haneda yang hanya kira-kira 20 minit dari pusat bandar.

"Penerbangan ke Haneda benar-benar akan memberi manfaat kepada MAS kerana mempunyai jumlah penumpang yang tinggi," kata Liow.

Nippon Airways, KLIA, Narita

Artikel Lain