suria

Suspek Culik Budak Tujuh Tahun Direman

KOTA BAHARU: Seorang lelaki yang disyaki terbabit dengan kes penculikan seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun pada Jumaat lepas ditahan reman selama tujuh hari bermula Selasa.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Baharu Roszita Md Saad.

Dalam kejadian Jumaat lepas mangsa dibawa ke masjid oleh bapanya untuk menunaikan solat Isyak di Masjid Muhammadi sebelum didapati hilang kira-kira pukul 9 malam.

Mangsa ditemui orang awam sedang meminta sedekah di sebuah pasar raya sehari selepas kejadian sebelum diserahkan kepada bapanya yang berniaga di Pasar Siti Khadijah di sini.

Akhbar pada Selasa melaporkan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim dipetik sebagai berkata suspek berumur 22 tahun yang berasal dari Terengganu itu ditangkap orang awam ketika sedang meminta sedekah di hadapan Masjid Muhammadi di sini pada 10.15 pagi Isnin.

Culik, Polis

Artikel Lain