suria

Mayat Dibungkus Dengan Tikar Plastik

ALOR SETAR: Mayat yang dibungkus dengan tikar plastik ditemui terapung dalam tali air di Kampung Hutan Pulai dekat sini, Khamis.

Mangsa dipercayai seorang warga Myanmar berusia 20-an, ditemui oleh pesawah padi kira-kira pukul 8.30 pagi.

Pegawai Siasatan Polis Daerah Kota Setar dan kakitangan mengawal lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Mayat berkenaan dikeluarkan dari tali air itu dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.

Difahamkan, tiada kesan luka ditemui pada tubuh si mati.

Badan mayat itu dibalut dengan tikar plastik diikat di kepala, kaki dan bahagian perut.

Rohingya, Mayat

Artikel Lain