Beliau berkata laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya itu adalah bagi memohon polis menjalankan siasatan dan mendapatkan keterangan daripada Rafizi sendiri.
"Saya telah mendermakan RM10 melalui akaun atas nama Oversight and Whistleblowers Sdn Bhd yang saya sangkakan sebuah pertubuhan.
"Namun setelah disemak ia merupakan sebuah syarikat dan tidak mempunyai kebenaran mengutip wang deposit daripada orang awam berdasarkan Seksyen 6 (4) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989," katanya kepada Bernama Khamis.
"Saya menderma bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangannya untuk menuntut keadilan namun sebaliknya saya merasa tertipu setelah mengetahui akaun yang digunakan ialah akaun milik syarikatnya," katanya.
Ramesh juga tampil membuat laporan polis bagi mengelakkan lebih ramai lagi mereka yang menjadi mangsa penipuan itu.