Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) itu dalam laporan yang dipetik dari BNBBC.my berkata bahawa pertemuannya dengan Arul Kanda adalah amalan biasa dalam membincangkan perkara berkaitan kepentingan awam.
"Sebagai seorang ahli Parlimen dan presiden kelab itu, saya perlu mendapatkan pemahaman yang lengkap tentang isu-isu penting yang bukan sahaja termasuk 1MDB.
“Ini bermakna sokongan dan pendirian ahli-ahli Parlimen BN adalah berasaskan fakta serta maklumat tepat dan bukan hanya sokongan berasaskan kesetiaan kepada parti semata-mata,” katan Ahli Parlimen Johor Bharu itu.
Shahrir berkata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan turut hadir dalam pertemuan selama tiga jam di sebuah hotel Kuala Lumpur pada malam Rabu.
Katanya, pada malam sebelumnya, beliau telah berjumpa dengna Menteri Kewangan 11, Datuk Seri Husni Hanadzlah mengenai kedudukan semasa dan perancangan masa depan 1MDB.
Laporan itu juga berkata Shahrir, dalam kedua-dua pertemuan, telah menyampaikan pandangan supaya syarikat berkenan dan kementerian mengambil langkah untuk menambahkan modal syarikat sejajar dengan liabiliti yang ditanggung 1MDB tanpa bergantung kepada dana awam dan pinjaman baru.
Beliau dipetik sebagai berkata bahawa 1MDB mempunyai aset yang bernilai tapi sebagai sebuah syarikat ianya tidak dimodali sewajarnya.