suria

NGO Bidas Kit Siang Dakwa Ganjaran 1 Juta Sebagai 'Ugutan Politik'

PETALING JAYA: Badan Bukan Kerajaan (NGO) membidas kenyataan veteran DAP, Lim Kit Siang mengenai ganjaran RM1 juta untuk maklumat mengenai dakwaan 'kekayaan tersebunyi' bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhammad adalah 'ugutan politik'.

Warga Untuk Tata Kelola Pemerintahan Bertanggungjawab (CAGM) mengecam dakwaan Lim bahawa ganjaran tersebut digunakan untuk menutup mulut bekas Perdana Menteri itu daripada mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dengan skandal kewangan.

"Seperti yang disebut dalam kenyataan kami sebelum ini, skandal kewangan besar-besaran di negara kita mula di bawah pemerintahan Dr Mahathir," dakwa Pengerusi CAGM Zainal Abidin.

"Jadi secara lebih adil kita perlu mencari penyebab pertamanya. Kami tidak pernah mengatakan tidak akan mengejar Perdana Menteri susulan isu 1MDB," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

CAGM bagaimanapun berkata, mereka akan menunggu hasil Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) menjalankan sisatan mereka. 

Zainal berkata, sekiranya Lim melakukan tugasnya menggesa Parlimen membentangkan "Black Money" atau rang undang-undang cukai, pendapatan dan aset asing yang tidak didedahkan, NGO seperti CAGM tidak lagi perlu melakukan tugas tersebut.

Penasihat DAP itu telah mempersoalkan ganjaran CAGM dan percaya bahawa ganjaran digunakan untuk "menutup" skandal kewangan yang didakwa di bawah tanggungjawab Perdana Menteri.

Lim juga mendakwa bahawa CAGM yang baru sahaja ditubuhkan sebulan lalu ketika Dr Mahathir mula mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan, “tiada kredibiliti” kerana ia ditubuhkan untuk mengalihkan tumpuan.

Kit Siang

Artikel Lain