Saluran yang bersiaran 24 jam itu bakal menyiarkan program berkaitan destinasi pelancongan di negara-negara Asean, membeli-belah atas talian, sukan, muzik, festival dan makanan.
GOASEAN merupakan sebahagian daripada matlamat Malaysia sebagai pengerusi badan serantau pada tahun ini untuk mempromosikan Asean rakyat.
Najib berkata GOASEAN mempunyai potensi untuk berkembang menjadi platform antarabangsa dengan menawarkan program-program mengenai kesemua 10 negara anggota, ia juga membantu mempamerkan Asean sebagai destinasi berdaya saing di peringkat global untuk perniagaan dan pelancongan.