Beliau berkata ia adalah peruntukan tambahan daripada peruntukan RM660 juta kepada ESSCom di bawah Bajet 2015.
"Melalui peruntukan khas ini, kerajaan bersetuju untuk mempercepatkan pembelian dan penghantaran aset-aset kepada Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE).
"Objektif utama ialah untuk memastikan keselamatan dalam linkungan ESSZone adalah terjamin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dengan ESSCom di sini Khamis.
Ali berkata lebih 200 daripada aset-aset itu diperlukan untuk mengukuhkan kawasan ESSCom di ESSZone.
Ketika ditanya mengenai aset udara seperti helikopter, Ali berkata perolehan seperti itu memerlukan masa tetapi tidak terkeluar daripada perancangan.