suria

Anwar Dibenar Keluar HKL

Datuk Seri Anwar Ibrahim
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan rawatan lanjutan akan diteruskan di Penjara Sungai Buloh.

"Alhamdulillah doctor bg pulang. Sambung rawatan di Penjara Sg Buloh sambil tunggu keputusan ujian lanjutan," beliau menulis di Twitter.

Anwar dimasukkan ke HKL pada Selasa untuk siri ujian yang dijadualkan untuknya.

Menurut isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail, Anwar terpaksa menjalani ujian untuk menentukan punca najis berdarah.

Selepas melawat suaminya pada Selasa, beliau memberitahu pemberita bahawa Anwar telah kehilangan berat badan dan kelihatan "kurus dan cengkung".

Bekas pemimpin pembangkang itu juga dikatakan menghidap tekanan darah tinggi dan sakit bahu kronik.

Anwar dihukum penjara pada bulan Februari selama lima tahun atas tuduhan meliawat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008, satu kes yang didakwa telah dipalsukan oleh kerajaan.
HKL, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Artikel Lain