suria

Gempa Sabah: Jangan Perkecil Usaha Pasukan Menyelamat - Masidi

KUNDASANG: Datuk Masidi Manjun meminta supaya usaha pasukan mencari dan menyelamat di Sabah tidak dikritik.

"Tolong jangan perkecilkan usaha kami," kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berhubung kritikan mengenai operasi mencari dan menyelamat susulan gempa bumi di Gunung Kinabalu pada Jumaat lalu.

"Memang mudah untuk mengkritik tetapi kita perlu faham keadaan dan apakah yang telah berlaku sejak beberapa hari," katanya.

Masidi berkata, adalah satu keperluan untuk mendengar cerita kedua-dua belah pihak.

"Pasukan penyelamat kita melakukan yang terbaik dalam keadaan yang sukar ini," katanya.

Bagi menangani kritikan yang diterima selepas gempa bumi Jumaat lalu, beliau berkata, pelbagai langkah diambil untuk memperbaiki sebarang kelemahan yang ketara.

"Kita meneliti aduan. Kita akan melakukan penilaian untuk menambah baik respons kita pada masa akan datang," katanya.

Beberapa pendaki asing dan tempatan yang terkandas di kawasan pergunungan selepas gempa bumi mengkritik tahap operasi menyelamat namun malim gunung menerima pujian di atas usaha mereka yang tidak berbelah bahagi.

gempa Sabah

Artikel Lain