PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengakui kakitangannya bertindak berlebihan apabila memaksa seorang wanita berpakaian sopan dengan memakai kain sarong. JPJ dalam kenyataan permohonan maaf kepada Suzanna GL Tan mengakui jabatan itu tidak mempunyai polisi berkenaan. "JPJ ingin tegas tidak ada peraturan yang mengatakan pengunjung perlu memakai sarong. Jelas sekali ini memberi kesulitan kepada pengunjung," demikian menurut kenyataan itu. Jabatan itu berkata pejabat mereka juga tertakluk kepada kod pakaian yang sama seperti kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan yang lain. Sebelum ini gambar Suzanna yang diarah memakai kain sarong ketika mengunjungi pejabat JPJ cawangan Wangsa Maju di Gombak yang dimuat naik di Facebook menjadi viral. Dalam postingnya, Suzanna menunjukkan gambar dia memakai skirt di atas paras lutut. Satu lagi gambar menunjukkan dia memakai kain sarong semasa berada di kaunter JPJ