suria

Watson Nyambek Buat Laporan Polis Terhadap Brunei Times

MIRI: Bekas pelari pecut negara Watson Nyambek menafikan menulis sebuah artikel mengenai Sukan SEA 2019 yang disiarkan Brunei Times pada Isnin.

Watson, 39, yang memegang rekod larian 100 meter kebangsaan sehingga sekarang, berkata beliau tidak pernah menulis atau mengarahkan sesiapa untuk menulis bagi pihak dirinya bagi tujuan penerbitan.

"Saya kesal perkara ini berlaku dan tidak akan membenarkannya berlaku lagi pada masa depan," katanya pada Khamis.

Beliau membuat laporan polis malam tadi di Balai Polis Miri untuk membersihkan namanya selepas diberitahu mengenai artikel itu oleh isterinya.

"Artikel itu jelas cuba mencemarkan nama baik saya sebagai jurulatih Majlis Sukan Negeri," katanya.

Brunei Times, Watson Nyambek

Artikel Berikut

Artikel Lain