suria

Gempa Bumi Berlaku Di Tuaran

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 2.3 pada skala  Richter berlaku kira-kira 16km tenggara Tuaran, Sabah pada pukul 8.41 pagi Jumaat.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata gempa itu berpusat di 6.1 darjah utara, 116.3 darjah timur, dan gegaran dilaporkan dirasakan berhampiran Ranau.

Jumaat lepas, gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter, yang terkuat di  Malaysia setakat ini, menggegarkan Sabah pada pukul 7.15 pagi, yang mencetuskan gegaran di beberapa tempat di negeri itu serta menyebabkan batu dan bongkah menggelungsur jatuh dari Gunung Kinabalu.

Lapan belas orang - empat malim gunung dan 14 pendaki - terbunuh dalam gempa  bumi itu, 10 daripada mereka dari Singapura, enam rakyat Malaysia, seorang dari Jepun dan seorang warga China.

Tuaran, Gempa Bumi

Artikel Berikut

Artikel Lain