suria

Gempa Bumi 5.1 Magnitud Gegar Ranau

KOTA KINABALU: Gempa bumi sederhana 5.1 magnitud direkodkan pada kedalaman 10 kilometer di Ranau pukul 2.29 pagi Sabtu.

Mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa berpusat kira-kira 25 kilometer tenggara Kota Belud.

Gegaran turut dirasai di Kudat dan beberapa daerah berhampiran termasuk Kota Belud, Kota Kinabalu, Beluran, Kota Marudu, Keningau dan Kinabatangan.

Ia gegaran susulan paling kuat direkodkan sejak gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter di Ranau yang mengorbankan 18 nyawa serta merosakkan banyak harta benda pada 5 Jun lalu.

Dua lagi gempa lemah susulan direkodkan selepas itu iaitu pada pukul 5.20 dan 5.47 pagi masing-masing berukuran 2.5 serta 2.7 pada skala Richter berpusat di Ranau.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Affendy K Ramin, berkata setakat pukul 8 pagi Sabtu sebanyak 14 panggilan telefon diterima berhubung gempa bumi terkini itu.

"Bagaimanapun tiada laporan kerosakan yang diterima setakat ini," katanya.
gempa Ranau, 5.1 magnitud

Artikel Lain