Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata ini memandangkan 1MDB melibatkan akaun yang disatukan merangkumi pelbagai syarikat di bawahnya.
Beliau berkata langkah itu juga kerana syarikat induk itu kini sedang disiasat oleh Jabatan Ketua Audit Negara.
"Pada masa sekarang Deloitte audit Edra yang mempunyai 13 syarikat dahulu, diikuti syarikat hartanah, kemudian syarikat-syarikat pegangan.
Beliau menjawab pencelahan Liew Chin Tong (DAP-Kluang) yang bertanya mengenai status pelantikan Deloitte bagi mengaudit 1MDB bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2015 yang didakwa masih belum dilakukan.
Dalam pada itu, Ahmad Husni berkata siasatan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara terhadap 1MDB membuktikan bahawa kerajaan serius untuk mencari kebenaran dalam isu berkenaan.
"Untuk mendapatkan kebenaran, mesti ada pihak yang laksanakan siasatan dan yang terbaik Ketua Audit Negara yang tahu transaksi kewangan termasuk buku tunai serta dokumen-dokumen rumit yang berkaitan.
"Dalam konteks dokumen di luar negara yang tidak dapat diperoleh Ketua Audit Negara, Bank Negara terlibat untuk mendapatkannya kerana ia melibatkan protokol antarabangsa yang boleh diakses oleh Bank Negara," katanya.