PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyaman MP Taiping Nga Kor Ming kerana didakwa memfitnah mereka menerusi laman sosial Facebook miliknya. Peguam mereka, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata salinan tuntutan akan dihantar kepada Nga pada Isnin. Tuntutan itu difailkan minggu lalu.