suria

Kumpulan Pertama 61 Mangsa Pemerdagangan Manusia Bangladesh Dihantar Pulang Esok

PUTRAJAYA: Kumpulan pertama 61 mangsa pemerdagangan manusia warga Bangladesh yang ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Belantik, Kedah akan dihantar pulang, Khamis.

Menurut kenyataan Wisma Putra, Rabu, ia lanjutan perbincangan antara Kementerian Luar dan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur berhubung penghantaran pulang mereka secara berperingkat-peringkat.

Mereka akan dibawa dari Depot Tahanan Imigresen Belantik menggunakan bas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan pulang terus ke Dhaka, Bangladesh, katanya.--Bernama 




Artikel Berikut

PM Ikrar Derma Organ

Artikel Lain