Hakim Tengku Maimun yang mengetuai panel tiga hakim memerintahkan KDN mengembalikan CD itu kepada Jill dalam tempoh sebulan daripada tarikh hari ini.
Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim sebulat suara menolak rayuan yang dikemukakan oleh KDN dan kerajaan.
Mahkamah juga membenarkan sebahagian rayuan balas Jill dan menghantar semula perkara itu kepada Mahkamah Tinggi untuk didengar di hadapan hakim lain berhubung permohonan Jill untuk mendapatkan pengisytiharan mengenai hak beliau di bawah Perkara 8 dan 11 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama dan kesaksamaan seseorang di sisi undang-undang.
Pada 21 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan supaya CD itu dikembalikan kepada Jill tetapi mahkamah tidak mengeluarkan perintah seperti yang dipohon beliau.