suria

Tiga Kali Gempa Bumi Di Ranau Pada Ahad

KUALA LUMPUR: Tiga gempa bumi lemah melanda Ranau, Sabah pada Ahad sejak pukul 4.01 pagi dengan gempa pertama berukuran 2.5 pada skala Richter, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Gempa kedua berukuran 2.4 pada skala Richter berlaku 24 minit kemudian iaitu pada pukul 4.25 pagi, dan gempa ketiga berukuran 2.5 pada skala Richter pada  6.09 pagi, menurut jabatan itu dalam satu kenyataan di sini.

Pihaknya sedang memantau perkembangan gempa di Ranau itu, kata kenyataan itu.

Sementara itu, jurucakap jabatan itu berkata, pihaknya menerima laporan daripada penduduk tempatan yang merasai gegaran gempa pertama dan ketiga.

Bagaimanapun, tiada laporan bagi gempa kedua, katanya.

Pada 5 Jun lepas, Ranau dilanda gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter yang mengorbankan 18 nyawa.

Ranau, Gempa Bumi

Artikel Lain