Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Selasa berkata parti itu akan terus menyokong Pua dan tidak akan melayan sebarang panggilan untuk beliau meletak jawatan selepas ini.
"Ini (1MDB) adalah isu yang amat besar jadi saya tidak faham mengapa ada pihak tertentu yang cuba untuk menyingkirkan Tony Pua dari PAC, hanya kerana beliau menyuarakan tentang skandal 1MDB itu.
"Saya rasa ini adalah kepentingan negara dan sebagai ahli Parlimen, beliau mempunyai tanggungjawab untuk bercakap mengenai 1MDB.
"Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan telah berkata bahawa tidak ada apa-apa yang salah, jadi mengapa semua orang yang tidak terlibat dalam PAC ini jadi penyibuk. Jangan jadi penyibuk. Jangan bising kerana PAC yang akan membuat keputusan, bukan orang luar yang penyibuk yang akan buat keputusan, " katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan pembukaan Pusat Onkologi Adventist di Hospital Adventist P.Pinang di Burma Road.