Tew Zhe Ming, 19, pelajar Sekolah Tinggi Chung Ling, telah ditemui mati di antara dua buah kereta di tempat letak kereta di tingkat bawah flat tersebut.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata siasatan menunjukkan bahawa Tew adalah seorang pelajar pintar di sekolah tetapi berada di bawah tekanan disebabkan oleh penurunan dalam prestasi akademik.
Beliau berkata si mati juga telah mendapatkan rawatan psikiatri di sebuah hospital swasta di sini dua bulan sebelum kematiannya.
Mior Faridalathrash berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.