KUALA LUMPUR: Seorang ibu merayu orang ramai untuk membantu mengesan anak perempuannya A. Jennifer, 12, yang hilang selepas tidak pulang dari sekolah di Kampung Pandan Dalam di sini sejak 19 Jun lalu.
K.Sakunthala, 46, berkata anaknya juga tidak menghadiri kelas tambahan selepas sekolah seperti yang diberitahu kepada ibunya.
Jenifer dilapor hilang selepas keluar dari sekolahnya kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada hari kejadian.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata usaha mencari murid tersebut turut dibuat dengan meneliti rakaman litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan sekolahnya.